|
7:04 AM
Monday, August 24, 2009
Selamat Berpuasa

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga amalan kita diberkati. Jangan lupa menelaah pelajaran sebagai persiapan peperiksaan akhir tahun yang bakal menjelang.
Tanggal 6hb April 2009, penari-penari CTSS telah mencipta sejarah di mana mereka telah menerima 'Gold With Honours' dalam SYF Central Judging. Syabas!!
1:31 AM
Saturday, May 30, 2009
Selamat bercuti kepada semua . (: Kepada pelajar-pelajar menengah 4E & 5N , semoga berjaya dalam peperiksaan yang akan datang :D Kepada yang lain , jangan noti-noti eyk ! Jumpa lagi pada penggal tiga !
Cikgu Zainab ;D
5:29 AM
Tuesday, March 10, 2009
Kelab Foto
(Berita Harian 6 MAC) Anda gemar fotografi? Kagumi warna-warna yang menghiasi dunia anda? Ikuti cyBerita dan asah pengalaman anda. Siapa tahu gambar-gambar anda satu hari mungkin dipilih untuk disiarkan di akhbar Berita Harian atau majalah terkemuka National Geographic. Jika anda berminat untuk menyertai kelab foto cyBerita atau ingin mempamerkan foto-fota terbaik anda di cyBerita, kirimkan maklumat mengenai diri anda ke bhcyber@sph.com.sg atau sms ke +65 9430-8505. Cikgu Roseza
5:04 AM
TUGASAN CUTI SEKOLAH MENENGAH 1&2
Tugasan Cuti Sekolah Bagi Pelajar Menengah 1&2 (ekpres dan normal akademik)
Pilih satu buku cerita Melayu dari perpustakaan sekolah dan lengkapkan tugasan mengenainya dalam blog peribadi kamu seperti berikut:-
Bahagian A - Ambil gambar kulit buku cerita.
- Berikan ringkasan cerita tersebut.
- Tema cerita (Contoh:Cerita ini bertemakan kehilangan pegangan seorang gadis melayu dan bagaimana ia menemuinya kembali)
- Bagaimanakah plot ceritanya? (Contoh: menarik, unsur ketegangan, konflik)
- Watak (watak yang digemari/dibenci dan sebab-sebabnya)
- Unsur Pengajaran (yang diperoleh daripadanya)
Bahagian B Kemudian sediakan 5 soalan mengenai cerita tersebut. Walaubagaimanapun jangan sertakan jawapan dalam blog kamu.
Skema Pemarkahan Isi- 10m Bahasa-10m Estetik (blog)-10m Peringatan:Tugasan ini haruslah diselesaikan selewat-lewatnya 21hb Mac jam 5 petang.
3:58 AM
Wednesday, February 25, 2009
Disebalik lagu yang hangat di carta radio, apakah mesej yang ingin disampaikan? Cikgu ingin pandangan kamu ...
Buat santapan minda: Camelia maafkanlah aku Karena ku tak bisa temani tidurmu Camelia lupakanlah aku Jangan pernah lagi kau temui aku Kau wanita terhebat Yang pernah singgah di hatiku Kau wanita yang tegar Aku mohon lupakanlah aku
*Sudahlah jangan menangis lagi Ku rasa cukup sampai di sini Mungkin di suatu saat nanti Kau temui cinta yang sejati
**Sudah cepat lupakanlah aku Jangan pernah ungkit masa lalu Ku takut kekasihku pun tahu Kau pernah menjadi simpananku Camelia...Kau wanita terhebat Yang pernah singgah di hatiku
Back to *,** Back to **
Cikgu Zainab ;D
8:39 PM
Sunday, February 22, 2009
Sayembara Cepat Bina Kata 2009
Pada 21hb Feb yang lalu, 8 orang pelajar mewakili sekolah dalam Sayembara Cepat Bina Kata yang diadakan buat julung-julung kalinya. Ia diadakan di Kelab Masyarakat Bukit Batok Timur. Walaupun tidak berjaya meraih sebarang hadiah, mereka masih lagi tersenyum dan tidak menunjukkan perasaan hampa. Inilah semangat yang diharapkan, andai tidak berjaya jangan putus asa. Pengalaman ini telah mengeratkan tali persahabatan antara mereka di mana mereka saling memberikan dorongan dan kata-kata perangsang. Semoga pengalaman dan ilmu yang ditimba melalui sayembara ini menjadi kenangan manis buat semua. Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang terlibat atas dedikasi yang diberikan dalam persiapan bagi sayembara tersebut.
Cikgu Roseza
4:48 AM
Friday, February 13, 2009
Selamat datang ke lelaman BM! Tujuan kami guru melayu CTSS mengenalkan blog ini adalah untuk membina suatu wahana untuk para pelajar
Kami harap lelaman ini dapat menjadi jambatan bagi pelajar-pelajar menimba ilmu di samping bertukar pendapat dan fikiran akan topik yang dibicangkan bersama. Yang Ikhlas, Cikgu Zainab (;
|